Assalamualaikuuuuuuuuum!
*jerit jerit jenguk pintu nak masuk blog* aku mau buat
entry baru nih. Baca smpai habis k? Baca sampai habis! Amaran keras! Sebab entry
ni mungkin panjang lah. mungkin ja. Hehe. So anak anak , mai sini ceq nak habaq
mai kat hampa semuaaa pasal luahan hati ceq nih. Hamboihh sejak bila aku gheti
nak habaq lagu nihh? Haha abaikan. Aku pun sebenarnya takda idea lah mau update
blog nih. Tapi memandangkan aku takda kerja mau dibuat di rumah ni, aku update
jak lah apa-apa k.
Jadi.
Apa yang ada di kepala hotak aku skrg ni? One word, Kawan. Since before before
ni aku asyik dok hostel jak kan. Start form one dulu lah. Since I’m 13 dah dok
jauh dari family aku. And my life is surrounded with the awesome people. Yeah. All
of my friends are AWESOME! But among them, still there is some of ‘em that is
not really honest-typical-of-friends. Or should I call them backstabbers? Or jenis kawan yang kurang baik lah kan. dan
di samping itu, saya juga telah menemui sahabat yang boleh dianggap seperti keluarga.
Maklumlah terlebih rapat kan :D kiranya ada banyak jenis manusia yang aku
jumpa. I mean variety type of KAWAN yang aku jumpa. So dibawah ni adalah jenis-jenis
Kawan yang berjaya dikenal pasti semenjak aku masuk hostel dulu. Aku start dari
yg kurang baik lah. sbb yg baik baik nanti banyak nak cerita, so I save them for
last :D
1-The
dengki-queen one
Ehem
ehem. Maaf kerana penggunaan word yang tidak baik ya. Dah memang tak baik
takkan nak letak yang baik baik pulak kan kan kan? Let me start. Yalahh, kita memang
tau kan, kita kan manusia so memang kita ni tidak mampu untuk memuaskan hati
semua pihak kan kan kan? Jadi mesti ada jak kawan yang jenis dengki ni. For example,
kau ada boyfriend. Baru jak kapel sehari, dah ada rumours kata kau perampaslah,
kau punya boyfriend playboy lah, korg tak sepadan lah, lelaki tu nak buat main
ja dgn kau. Alahai manusia, dah diorg kapel tu biar jak lah. memang lah kapel
tu tak baik, kalau ya pun tak suka, tegur cara baik, bukan dengan cara pergi
buat cerita tak betoi. That’s so not the right way people. You are just satisfying
your heart and actually you are listening to the whisper of the syaitonirrajim
aite? Buat tambah dosa je pergi buat cerita tak betoi tuh. dan seharusnya kita berhenti daripada menyebarkan cerita tak betoi tu. So keadaan ini
memang sebenarnya terjadi dalam kalangan kaum Hawa dan saya admit duluuuuu time
jahil pun memang jgk terjebak in this kinda situation. sesunguhnya aku cuma hamba Allah yang lemah dan tidak terlepas dari melakukan dosa. Astagfirullah. Jom lah kita
taubat eh kawan kawan. Selagi ada masa jgn malu untuk berhadapan dengan Allah
dan bertaubat. Allah itu kan Maha Mendengar dan Maha Pengampun. Let’s jaga our
manners with other yaa.
2-
the talam-dua-muka one/ the cheaters !
Dorang
bawak dua talam kat dalam beg dorg, kalau jadi baik pakai talam satu, kalau nak
jadi jahat pakai talam yang satu lagi. Hehe. Alahai, kawan talam dua muka lah katakan
kan kan. Hah kalau yang ni aku pun taktau nak habaqq mai apa kat hampa, memang
jenis begini adalah yang pandai berlakon gituuu. Aku ada jak kawan begini, dia
sangka aku taktau lah yang dia bawak dua talam dalam beg dia? Hamboih, nasib
lah aku nih instinct pasai kawan kawan nih kuat giler. Jadi aku kira boleh
handle lah hal hal cenggini. Dia play
play dua talam dengan aku, aku play play tiga talam dengan dia hahaha. Jk. Aku ikut
jak rentak dia layan aku cmna, dia baik, aku baiklah, dia jahat, aku pun still
baik. *baik kan aku.HAHA* dah takda cara lain untuk treat kawan jenis begini,
kau ikut ja rentak dia. Contohnya, c Palon ni, dia asyik tipu aku, selalu
sangat, awal awal tu aku taktau lah. tapi Allah Maha Adil, dia tunjukkan dengan
aku sikap sebenar kawan aku tu. Ada banyak caranya Allah tunjuk, kadang-kadang
dr FB, dari blog, dari Twitter *asal semua nya dari social web nih? HAHA* dari
mana-manalah. Kadang kadang aku nampak depan mata aku sendiri. So bila dah ternampak
tu, aku pun watlek watpeace jak lah. Allah dah nak kita tau kan, so right after
aku tau sikap sebenar kawan itu , aku pun berhati-hati dengan kawan jenis ini. Bukan
berhati-hati apalah kan, just be careful lah. kalau kau ada that type of
friend, you’ll understand it. If you know what I mean haha.
3-
the nerd one
Haiyaaaa.
This type haaa, really not suite me. Bukan nak kata apa, tapi aku bukan jenis
yang skema and boleh duduk menghadap buku for 24-hours. Aku bukan jenis yang
boleh ikut peraturan sepenuhnya. Aku bukan budak nakal tapi aku bukan budak
skema. Yang sedang-sedang aja bak lagu dangdut nyanyian sapa ntahh hehe. Time sekolah
aku pengawas apaaa, tapi still aku langgar peraturan, tak adalah sampai langgar
peraturan yang teruk tu. Aku masih mampu berfikiran waras. So back to the skema
buddy, frankly speaking, orang skema are mostly related to their cleverness and
their wide knowledge of everything here and there. But there are some of them
yang tak begitu. For me, budak skema ni adalah yang super duper pendiam and mmg
tak boleh masuk dengan kegilaan aku. Aku bersyukur selama 6 tahun hidup hostel,
aku tiada kawan yg skema to the maximum level. Ada yg ke arah nak skema jak
lah. and memang sedikit sedikit boleh masuk jugak lah kiranya. Alhamdulillah :D
So setakat
ini, aku telah memberikan 3 jenis kawan kan? Aku rasa korang pun mesti ada
kawan jenis begitu kan? Sebab kita semua sama, manusia kan, tapi apa yang
membezakan kita adalah akal kita. Sebab itu lah terjadinya bermacam-macam jenis
manusia. Mereka yang menggunakan akal mereka dengan sebaiknya pasti akan
menjadi orang yang sentiaa positif. And bagi mereka yang kurang menggunakan
akal dengan sebaiknya pula, tidak semestinya mereka itu jahat, tetapi mereka
telah rugi sebab tak menggunakan nikmat kurniaan Allah SWT itu dengan
sebaiknya. Kalau kita semua guna akal kita sebaiknya, tidak akan lahirnya
sifat-sifat negative itu kerana itu semua natijah apabila yang menguasai
fikiran kita adalah nafsu dan syaitan. Sama-sama kita renungkan. Next entry aku
sambung jenis-jenis kawan yang lain yaa. Ngantok ahh. Padahal takdak idea
sebenarnya. Ada tapi tak tertaip dek jari jemari aku yang runcing ini. Hehe. Nanti
kita cerita cerita lagi k. Maaf dipinta sekiranya dalam entry aku terdapat
kata-kata yang mengguris perasaan mu. Cehhh ;p tidak ada niat menyinggung
perasaan sesiapa dan sebenarnya tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang
telah meninggalkan alam fana ini. yang baik itu datang nya daripada Allah SWT,
dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Assalamualaikum:D
Muchoflove
#fyiezaamyieraa
No comments:
Post a Comment